Kad Ucapan Hari Raya

28 09 2009

DSC01071

Di zaman handset dan internet ini, kad raya masih digunakan untuk menyampaikan pesanan kepada sanak-saudara, rakan taulan dan insan yang tersayang.  Walaupun kita berasa lebih mudah untuk menghantar SMS raya kepada rakan-rakan, tetapi jiwa pakcik yang sentimental dan penuh nostalgik ini sentiasa berasakan sekeping kad raya adalah lebih bermakna daripada berjuta-juta SMS raya yang pakcik terima. Apabila membaca kad-kad raya tradisional ini secara tidak langsung membuatkan diri kita lebih dekat dengan si pengirim kad. Ia dapat membuatkan diri si penerima lebih dihargai. Taktik ini amat sesuai diguna pakai untuk siapa-siapa yang ingin memikat awek kegemaran anda. Cuma, kad raya tradisional ini mungkin dirasakan agak leceh untuk sesetengah individu yang kesuntukan masa.

Sebelum sekolah ditutup untuk cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni, pakcik nengok ada banyak kad-kad ucapan yang dilekatkan di papan kenyataan yang berhampiran dengan mesin thumbprint kehadiran tu. Macam-macam jenis kad ucapan yang dipamerkan. Ada yang buat sendiri dan ada yang beli di kedai. Semuanya cantik-cantik belaka dan apa yang pentingnya, mesej tersebut dapat disampaikan kepada pembaca sebagai pengganti diri.

p/s: Untuk pakcik punya takde ke? kihkihkih..


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: