Happy Deepavali

15 10 2009

Rajnikanth Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga SMK Paloh dan berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman.

DEEPAVALI VALTHUKKAL





Jadual Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2009

6 10 2009

Dalam kekalutan penularan wabak influenza A H Satu N Satu (H1N1), tarikh peperiksaan awam dijangka tidak akan mengalami sebarang perubahan. Kementerian Pelajaran akan memastikan calon peperiksaan yang dimasukkan ke hospital atau dikuarantin akan diaturkan supaya mereka juga boleh menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM yang akan dijalankan pada tahun ini;

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
20 – 22 Oktober 2009 – Amali
26 – 27 Oktober 2009 – Amali
23 – 24 Jun 2009 – Ulangan
19 November – 16 Disember 2009 – Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
15 – 17 September 2009 – Ujian Lisan
28 – 30 September 2009 – Ujian Lisan
18 November – 10 Disember 2009 – Ujian Bertulis

Sehubungan dengan itu, kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun ini, pakcik dengan berasa bangga dan berbesar hati serta penuh kehenseman ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA!





Kad Ucapan Hari Raya

28 09 2009

DSC01071

Di zaman handset dan internet ini, kad raya masih digunakan untuk menyampaikan pesanan kepada sanak-saudara, rakan taulan dan insan yang tersayang.  Walaupun kita berasa lebih mudah untuk menghantar SMS raya kepada rakan-rakan, tetapi jiwa pakcik yang sentimental dan penuh nostalgik ini sentiasa berasakan sekeping kad raya adalah lebih bermakna daripada berjuta-juta SMS raya yang pakcik terima. Apabila membaca kad-kad raya tradisional ini secara tidak langsung membuatkan diri kita lebih dekat dengan si pengirim kad. Ia dapat membuatkan diri si penerima lebih dihargai. Taktik ini amat sesuai diguna pakai untuk siapa-siapa yang ingin memikat awek kegemaran anda. Cuma, kad raya tradisional ini mungkin dirasakan agak leceh untuk sesetengah individu yang kesuntukan masa.

Sebelum sekolah ditutup untuk cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni, pakcik nengok ada banyak kad-kad ucapan yang dilekatkan di papan kenyataan yang berhampiran dengan mesin thumbprint kehadiran tu. Macam-macam jenis kad ucapan yang dipamerkan. Ada yang buat sendiri dan ada yang beli di kedai. Semuanya cantik-cantik belaka dan apa yang pentingnya, mesej tersebut dapat disampaikan kepada pembaca sebagai pengganti diri.

p/s: Untuk pakcik punya takde ke? kihkihkih..





Selamat Hari Raya Aidilfitri

23 09 2009

Sempena dengan Aidilfitri, kami dari warga SMK Paloh memohon ampun dan maaf zahir dan batin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.





Filem yang berkaitan dengan Paloh

15 09 2009

Berikut adalah sinopsis dari filem Paloh

Poster Filem Paloh

Poster Filem Paloh

Set during the confrontation between the Japanese Army (Kempetai) and the Communist Party of Malaya in the year 1944. Four friends – Ahmad, Osman , Puteh and Harun choose to serve the Japanese Police Force in order to survive. Amidst a sea of uncertainties, Ahmad falls in love with Siew Lan and Puteh falls in love with Fatimah – both girls from different worlds , different cultures, even opposing sides. And Osman – a friend of theirs and a spy for the Japanese Police – chooses to serve his own vendetta.

Director and Screenplay: Adman Salleh

Release Date: 10 July 2003

Dipetik dari laman: filemkita.com






Paloh, Kluang, Johor

14 09 2009

Agak sukar untuk menunjukkan kedudukan SMK Paloh secara tepat dengan menggunakan satelit. Terutama bagi individu-individu yang baru berhijrah ke pekan ini. Justeru itu, jika hendak datang ke pekan Paloh, beramah mesra lah dengan penduduk di sini supaya tidak sesat.

Bak kata pepatah,

“Malu bertanya, sesat jalan

🙂

Imej Paloh dari pandangan Satelit Buatan Amerika Syarikat

Imej Paloh dari pandangan Satelit Buatan Amerika Syarikat





Program Khatam Al Quran dan Solat Hajat untuk PMR, SPM dan STPM

13 09 2009

Berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2009 bersamaan malam 22 Ramadhan 1430H. Berikut adalah gambar kenang-kenangan program.